Sarawak Pay tingkat pembayaran mikro di pasar basah Sibu

SIBU: Kewujudan pembayaran e-dompet Sarawak Pay di Pasar Sentral Sibu dijangka membantu melonjak transaksi pembayaran mikro di kawasan tumpuan awam itu.

Sistem itu dipraktikkan kira-kira 800 penjaja kecil di pasar basah berkenaan sekaligus memudahkan pelanggan yang ingin membuat pembayaran tanpa tunai dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Dr Zaidi Razak berkata, pendekatan itu melibatkan kerjasama antara Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Majlis Perbandaran Sibu (SMC) dan Sistem Maklumat Sarawak Syarikat Sdn. Bhd. (SAINS).

“Ini selaras dengan inisiatif Kerajaan Sarawak yang kini mengambil langkah proaktif menggalakkan orang ramai mempraktikkan pembayaran tanpa tunai.

“Kaedah ini juga dilihat semakin menjadi pilihan masyarakat yang sudah pastinya dapat membantu usaha kerajaan menggerakkan negara ke arah ekonomi berteras digital,” katanya dalam satu kenyataan.

Read full story at Suara Sarawak.