Sarawak Pay ke peringkat global
KUCHING: Aplikasi dompet elektronik atau e-dompet Sarawak Pay kini boleh digunakan untuk transaksi pembayaran antarabangsa. Ia susulan pelancaran kad maya UnionPay menerusi Sarawak Pay hari ini.
Menerusi kerjasama itu, Sarawak Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dan di mana sahaja kod QR UnionPay diterima.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata penggunaan UnionPay yang dihubungkan dengan SarawakPay akan memudahkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk melakukan transaksi pembelian.

Read full story at Astro Awani.