TERMA & SYARAT
1. Sila baca terma-terma dan syarat-syarat (“Terma dan Syarat”) ini dengan teliti sebelum anda menyertai Kempen Ukirkan Senyuman Raya Bersama MAMEE (Sarawak Pay) (“Kempen”) ini. Dengan menyertai Kempen ini, anda (“Peserta”) mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima dan mematuhi Terma dan Syarat ini. Pihak Penganjur berhak untuk mengubahsuai Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu. 
2. Kempen dianjurkan oleh Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd. (“Pihak Penganjur”) dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan Pihak Penganjur termasuk ahli keluarga terdekat mereka, syarikat-syarikat sekutunya, pembekal / pengedar, agensi promosi / pengiklanan / perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Kempen ini. 
3. Kempen ini berlangsung pada 7 Mei 2020 hingga 14 Jun 2020 (“Tempoh Kempen”). Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Tempoh Kempen menurut budi bicaranya tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu. 
4. Cara-cara penyertaan Kempen adalah seperti berikut:­
(a) Penyertaan adalah melalui aplikasi WhatsApp;
(b) Beli mana-mana produk Mamee berjumlah sekurang-kurangnya RM 25 dalam satu resit dari outlet jualan yang mengambil bahagian (sila rujuk Lampiran A untuk senarai outlet); dan
(c) Ambil gambar resit pembelian tersebut (pastikan tarikh dan nombor resit terpapar dengan jelas) dan hantar ke nombor 019-482 2792 bersama-sama nama penuh (mengikut kad pengenalan), nama pengguna Sarawak Pay, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. 
5. Hanya penyertaan yang lengkap dan resit pembelian yang sah (“Penyertaan”) sahaja akan diterima oleh Pihak Penganjur. Peserta dikehendaki menghantar maklumat seperti Nama Penuh & No. Kad Pengenalan untuk tujuan pengesahan maklumat dan rekod penyimpanan Kempen. 
6. Penyertaan yang berjaya akan memperoleh pulangan tunai (cashback) Sarawak Pay bernilai RM 5 (“Pulangan Tunai”). Pulangan Tunai akan dikreditken ke akaun e-wallet Sarawak Pay peserta dalam tujuh (7) hari bekerja. 
7. Had penerimaan Pulangan Tunai ialah sebanyak satu (1) kali bagi setiap peserta. Pengesahan akan dibuat melalui nombor kad pengenalan yang diberikan bersama-sama Penyertaan. Oleh itu, walapun Penyertaan yang dihantar adalah sah, Pulangan Tunai tidak akan diberikan sekiranya peserta telah melebihi had penerimaan. 
8. Pemberian Pulangan Tunai adalah atas dasar “sementara stok masih ada” dan “first come first serve” iaitu bergantung kepada ketersediaan Pulangan Tunai. Pemberian adalah terhad kepada 25 unit Pulangan Tunai dalam sehari sepanjang Tempoh Kempen. Peserta akan dimaklumkan sekiranya pemberian Pulangan Tunai telah mencapai had maksima harian.
9. Peserta yang telah menyertai dan menerima kredit ganjaran Touch n Go melalui Kempen Ukirkan Senyuman bersama Mamee (bersama Touch n Go) yang berlansung dari 1 Mei 2020 hingga 7 Jun 2020 adalah dikira tidak layak untuk menyertai Kempen ini. 
10. Para pemenang hendaklah bersedia untuk mengemukakan bukti identiti mereka dan juga resit pembelian asal (seperti yang disertakan bersama-sama Penyertaan) sekiranya diminta berbuat demikian oleh Pihak Penganjur. 
11. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan Pulangan Tunai dengan hadiah atau ganjaran yang lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah atau ganjaran yang disediakan oleh Pihak Penganjur adalah atas dasar “seadanya” atau “as-is” dan diterima oleh Peserta/pemenang tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Pihak Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan surat ikatan pelepasan dan tanggung rugi, ataupun “waiver and indemnity” dalam bentuk yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.
12. Jika berkenaan, Pihak Penganjur berhak menentukan cara pemberian atau penebusan hadiah atau ganjaran dan Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesulitan, kerosakan, atau kehilangan hadiah atau ganjaran yang berlaku semasa proses pemberian atau penebusan hadiah atau ganjaran. 
13. Semua Pulangan Tunai adalah tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang ditetapkan oleh Sarawak Pay. 
14. Semua maklumat penyertaan dan bukti pembelian yang dikemukakan oleh para Peserta untuk menyertai Kempen ini akan menjadi hakmilik Pihak Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua Penyertaan, bukti pembelian dan bahan-bahan lain yang dikemukakan atau diserahkan oleh Peserta kepada Pihak Penganjur termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital, akan menjadi kepunyaan Pihak Penganjur. 
15. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta/pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video, butiran peribadi, dokumen dan maklumat lain Peserta/pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu dan tanpa perlu memberi sebarang bayaran royalti atau pampasan kepada pihak Peserta/pemenang, dan Peserta/pemenang dengan ini memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur setakat perlu di bawah undang-undang untuk penerbitan dan penggunaan nama, alamat, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video, butiran peribadi, dokumen dan maklumat lain Peserta/pemenang tersebut. Peserta/pemenang tidak berhak menuntut hakmilik atau apa-apa jua bentuk pampasan lain terhadap maklumat tersebut. 
16. Sebagai balasan bagi Pihak Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Kempen ini, Peserta dengan ini secara tidak bersyarat dan dengan tak boleh batal menyetujui dan membenarkan perkara berikut: 
(a) Pihak Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, suara dan/atau gambaran yang serupa dengan Peserta/pemenang bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau apa-apa jua pampasan. 
(b) Jika dikehendaki oleh Pihak Penganjur, Peserta/pemenang hendaklah dengan sukarela menghadiri penerbitan, rakaman atau publisiti mengenai Kempen ini bagi sebarang tempoh yang akan dimaklumkan oleh Pihak Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada wawancara yang dirakamkan atau tidak dirakamkan, pengambilan foto pegun, rakaman audio dan/atau visual bagi penggunaan promosi dan publisiti (secara kolektif “Rakaman”). Semua kos kehadiran dan penyertaan Peserta/pemenang hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta/pemenang dan Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab membayar balik apa-apa kos, perbelanjaan, gaji atau pampasan dalam apa jua bentuk kepada Peserta/pemenang. 
(c) Pihak Penganjur mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama panggilan di mana-mana program/salurannya atau di mana-mana perantara pun jua, secara keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara Pihak Penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam Rakaman adalah kepunyaan dan hakmilik mutlak Pihak Penganjur.
(d) Pihak Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi harta intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Kempen ini dan/atau wakil.
(e) Pihak Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta/pemenang yang mengganggu mekanisme, sistem, perisian Kempen ini atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Kempen ini.
(f) Pihak Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau Penyertaan yang didapati (menurut budi bicara Pihak Penganjur) tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyerahan Kempen, pengendalian Kempen ini atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat Kempen ini. Pihak Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Kempen ini, Pihak Penganjur atau proses penyerahan Kempen.
17. Pihak Penganjur dan kesemua pihak lain yang terlibat dalam Kempen ini termasuk tetapi tidak terhad kepada pengarah, pegawai dan ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap yang berikut: 
(a) Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan semasa Kempen ini; dan/atau
(b) Sebarang bentuk gangguan teknikal dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pegurusan Kempen dan pemprosesan Penyertaan. 
18. Pihak Penganjur berhak meminda terma dan syarat atas budi bicaranya tanpa sebarang notis. Segala keputusan oleh Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan, aduan atau soalan berhubung dengan keputusan tersebut tidak akan dilayan. 
19. Terma-terma dan Syarat-syarat Tambahan
(a) Dengan menyertai Kempen ini, anda dianggap telah membaca, memahami, dan bersesetuju data peribadi anda diproses mengikut Notis Privasi seperti yang terdapat di https://mamee.com/notis-privasi/ .
(b) Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa maklumat Penyertaan yang diserahkan (termasuk apa-apa foto, lukisan, gambar, slogan, apa-apa bahan atau karya kreatif lain, termasuk rakaman suara atau video) hendaklah karya aslinya dan tidak melanggar apa-apa hak mana-mana pihak ketiga dan/atau melanggar sebarang hakcipta, paten, nama cap dagangan, hak keempunyaan, peribadi, privasi atau hak moral mana-mana pihak ketiga.
(c) Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia mengenepikan dan mengabaikan atau telah mendapatkan pengenepian atau pengabaian terhadap semua hak (termasuk hak moral) daripada semua orang yang telah menyumbang kepada penghasilan Penyertaan dan karya dasar (secara kolektif “Penyumbang”) yang berhak ditegaskan oleh Penyumbang dan/atau Peserta, kini atau di masa hadapan, di mana-mana tempat di dunia.
(d) Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Penyertaan yang diserahkan oleh Peserta tidak boleh mengandungi unsur-unsur kebogelan, imej pornografi atau tema seksual, keganasan grafik, kenyataan atau bahan memfitnah atau melibel yang dianggap menyalahi undang-undang/ menyinggung atau mungkin melanggar undang-undang Malaysia atau bahan yang kemungkinan akan mencemarkan imej Pihak Penganjur atau menyebabkan Pihak Penganjur mendapat nama buruk. Sebarang pelanggaran klausa ini akan memberikan budi bicara mutlak kepada Pihak Penganjur untuk menyingkirkan dan menolak dan/atau mengeluarkan apa-apa Penyertaan atau posting dengan serta-merta tanpa notis terdahulu.
(e) Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menggunakan atau mengeksploitasi Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk perantara melalui apa-apa dan semua kaedah atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh hakcipta termasuk semua pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Pihak Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana bahagian daripadanya.
(f) Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya bagi tujuan selain daripada tujuan yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat. Sekiranya Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya diterbitkan atau diedarkan atau ditangani dalam apa jua cara tanpa kebenaran terdahulu daripada Pihak Penganjur, Pihak Penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya menyingkirkan Peserta dan/atau membatalkan apa-apa hadiah atau ganjaran yang dimenangi dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti pun jua terhadapnya.
(g) Semua hak dan keistimewaan yang diberikan di dalam ini kepada Pihak Penganjur tidak boleh dibatalkan dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam sebarang dan semua keadaan. Peserta tidak akan dalam apa jua keadaan berhak mendapat relief injunksi atau untuk menahan atau sebaliknya mengganggu penganjuran Kempen ini, penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Kempen ini dan/atau apa-apa produk berdasarkan dan/atau yang berpunca daripada Kempen ini. 
(h) Pihak Penganjur berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat dan peraturan lain termasuk mekanisme Kempen ini menurut budi bicara mutlaknya.
(i) Penyerahan Penyertaan tidak menjamin bahawa Peserta akan memasuki Kempen ini. Pihak Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak atau enggan menerima penyerahan Penyertaan dan kemasukan Peserta atas sebab-sebab termasuk (tanpa had) jika Penyertaan adalah tidak lengkap atau apa-apa peruntukan dalam Terma dan Syarat tidak dipatuhi.
(j) Pihak Penganjur berhak menyingkirkan dan/atau mengecualikan Peserta dan/atau menarik balik hadiah atau ganjaran (pada mana-mana peringkat Kempen) jika – 
(i) Peserta tidak layak atau tidak memenuhi apa-apa kriteria kelayakan yang dibentangkan dalam Terma dan Syarat ini; atau
(ii) Peserta memungkiri Terma dan Syarat ini dan peraturan lain; atau
(iii) Peserta melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa; atau
(iv) menurut penentuan tunggal Pihak Penganjur, Pihak Penganjur percaya bahawa Peserta telah cuba menjejaskan pengendalian Kempen ini melalui fraud, penipuan atau perdayaan.
(k) Jika berlaku penyingkiran selepas hadiah atau ganjaran diberikan, Pihak Penganjur berhak menuntut agar hadiah atau ganjaran tesebut untuk dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan.
(l) Meskipun Pihak Penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan penentusahan yang perlu mengenai kelayakan Peserta, kegagalan untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak layak tidak akan dianggap kemungkiran oleh Pihak Penganjur.
(m) Jika berkenaan, hadiah tunai akan diberikan kepada pemenang dalam bentuk cek. Pemenang hadiah tunai bertanggungjawab atas sebarang dan semua cukai yang perlu dibayar (jika perlu) akibat pemberian atau penerimaan hadiah dan semua caj perbankan yang berkaitan (termasuk caj cek luar) yang dikenakan oleh bank untuk menjelaskan ceknya.
(n) Peserta tidak boleh mempertikaikan atau membuat apa-apa aduan lisan atau bertulis, pengumuman atau kenyataan awam mengenai Kempen ini sama ada semasa atau selepas Tempoh Kempen.
(o) Jika mana-mana terma di dalam ini tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuat kuasa, ini tidak akan menjejaskan atau memudaratkan penguatkuasaan Terma dan Syarat lain Kempen ini.
20. Liabiliti dan Tanggungjawab
(a) Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Kempen ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Kempen), atau bagi tujuan penerimaan hadiah atau ganjaran, atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab pemenang semata-mata, dan Pihak Penganjur, ahli gabungan, agen sah atau agensi sertaannya tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab pun jua untuk kos/caj/fi/perbelanjaan ini.
(b) Pihak Penganjur, ahli gabungannya, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi sertaan tidak menanggung apa-apa tanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan perkhidmatan pos, atau disebabkan oleh kesilapan komputer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan dan Terma dan Syarat Kempen, dan bahawa penyertaannya diterima oleh Pihak Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Pihak Penganjur.
(c) Dengan menyertai Kempen ini, semua peserta bersetuju melepaskan dan memastikan Pihak Penganjur, ahli gabungan dan agensinya, dan pekerja, pegawai, pengarah dan wakil mereka tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerugian atau gantirugi berbangkit daripada atau berhubung dengan penyertaan mereka dalam Kempen ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa kesilapan dalam mengira apa-apa transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan mana-mana sistem komputer atau peralatan), apa-apa aktiviti berkaitan Kempen ini dan penerimaan dan/atau penggunaan, penyalahgunaan, atau milikan apa-apa hadiah atau ganjaran yang diberikan di bawah Kempen ini. Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dan/atau berhubung dengan Kempen dan hadiah atau ganjaran, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) (jika berkenaan), semua kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam Kempen, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah atau ganjaran iaitu kos insurans, dll. hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta. Pihak Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung olehnya.
(d) Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam Kempen ini adalah atas risikonya sendiri.
(e) Pihak Penganjur, agen, penaja, wakil, ahli gabungannya dan pengarah, pegawai dan pekerja, agen dan penerima serah hak mereka masing-masing tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta berhubung dengan:
(i) apa-apa kegagalan untuk memenangi hadiah atau ganjaran dalam Kempen, hadiah atau ganjaran yang cacat disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau ketinggalannya atau penyalahgunaan hadiah atau ganjaran, atau sebarang kerugian, gantirugi, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Kempen atau berbangkit daripada atau berhubung dengan Kempen, penyertaan Peserta dalam Kempen dan/atau hadiah atau ganjaran yang diberikan.
(ii) apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima dan menghantar Penyertaan Kempen akibat sebarang kerosakan rangkaian, komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Pihak Penganjur atau Peserta dan/atau diakibatkan oleh penyertaan atau langkah memuat turun apa-apa bahan dalam Kempen.
(iii) sebarang kesilapan (termasuk kesilapan ketika memaklumkan pemenang Kempen), ketinggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam pengendalian atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, pencurian, kemusnahan, perubahan, atau akses tanpa kebenaran kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau terlewat sama ada berbangkit semasa pengendalian atau penghantaran akibat fungsi pelayan, virus, pepijat, atau sebab lain di luar kawalan Pihak Penganjur.
21. Pihak Penganjur, agen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan Kempen dan Terma dan Syarat ini dan peraturan berhubung dengan Kempen jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan pampasan kepada Peserta dalam apa cara jua dalam keadaan sedemikian
22. Perlindungan Data – Pihak Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi peserta yang selamat dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah. 
Lampiran A
 Senarai Oulet yang mengambil Bahagian dalam Kempen Ukirkan Senyuman Raya Bersama MAMEE
No. Outlets 
1 Everwin Hypermarket Sdn Bhd, Wisma Sanyan Sibu
2 Everwin Supermarket Dept store (Bus Terminal), Sibu
3 EVERWIN - PUJUT Miri
4 MYDIN TUNGKU VISTA
5 MYDIN SAMARIANG
6 Farley ( Sibu ) Sdn Bhd
7 Farley Mini Market, Bintulu
8 Farley, Muara Tuang 
9 CS MINI MARKET
10 FORDA, Kuching
11 SERVAY SAMARAHAN, Kota Samarahan
12 Gafu, Sibu
13 NAM LEONG - Piasau Miri
14 Emart Riam, Riam Miri