GERAN KHAS RM1,500 KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL

1. Siapakah yang layak untuk menerima Geran Khas RM1,500?

Penjaja dan peniaga kecil yang mempunyai lesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan layak untuk menerima Geran Khas RM1,500. Sila rujuk carta di bawah:

 

2. Sekiranya saya tidak mempunyai lesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan, bolehkah saya menerima bantuan?

Bagi yang tidak mempunyai lesen / permit, sila buat pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan menyatakan tujuan untuk mendapatkan bantuan geran khas dengan mengisi borang secara manual atau secara atas talian.

Borang manual boleh diperolehi dari kaunter perkhidmatan di Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran anda. Pendaftaran dibuka sehingga 31 Mei 2020. Pertimbangan akan dibuat berdasarkan kriteri-kriteria yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Sila rujuk carta di bawah:


 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pembayaran Geran Khas RM 1,500. Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan: 

Talikhidmat –Tel:082-555 999  /email:555999@sarawak.gov.my


3. Bilakah pembayaran Geran Khas RM1,500 akan dibuat?

Pembayaran secara kredit ke akaun Sarawak Pay kepada setiap penerima yang layak dan telah mengemukakan maklumat lengkap dan memenuhi syarat - syarat yang ditetapkan akan dibuat dalam dua (2) fasa seperti berikut:

(a) Fasa Pertama (RM750) : mulai April / Mei 2020

(b) Fasa Kedua (RM750); mulai Jun / Julai 2020.

 

4. Bagaimanakah bayaran Geran Khas RM1,500 dibuat?

Pembayaran Geran Khas RM1,500 dilakukan melalui kaedah - kaedah berikut:

(a) Sekiranya anda mempunyai lesen perniagaan dan telah mempunyai akaun Sarawak Pay yang disahkan sebelum 15 April 2020, bayaran akan dikreditkan ke akaun Sarawak Pay mulai 23 April 2020; manakala

(b) Sekiranya anda mempunyai lesen perniagaan tetapi tidak dapat mendaftar dalam akaun Sarawak Pay atas sebab yang munasabah dan boleh diterima, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan lesen perniagaan mulai Mei 2020; manakala

(c) Sekiranya anda telah mendapat permit perniagaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan telah mempunyai akaun Sarawak Pay yang disahkan sebelum 31 Mei 2020, bayaran akan dikreditkan ke akaun Sarawak Pay mulai Jun 2020; manakala

d) Sekiranya anda telah mendapat permit perniagaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tetapi tidak dapat mendaftar dalam akaun Sarawak Pay atas sebab yang munasabah dan boleh diterima, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan permit perniagaan mulai Jun 2020.


5.   Bagaimana cara untuk mendaftar akaun Sarawak Pay?

Jika belum ada akaun Sarawak Pay, muat turun aplikasi Sarawak Pay di sini:

Google Play Store: http://bit.ly/sarawakpayandroid

App Store: http://bit.ly/sarawakpayiOS


Ikuti cara-cara di bawah untuk mendaftar dengan Sarawak Pay:



Langkah-langkah untuk mendaftar Sarawak Pay untuk perniagaan anda adalah seperti berikut:


1. Langkah-langkah pendaftaran Sarawak Pay untuk Pemilik Milikan Tunggal



2. Langkah-langkah Pendaftaran Sarawak Pay untuk Syarikat, Organisasi dan Persatuan. 


Jika anda memerlukan bantuan untuk Sarawak Pay, sila hubungi perkhidmatan pelanggan di 1-300-88-7722 atau emel di customerservice@sarawakpay.gov.my